Saturday, March 6, 2010

Suami Adalah Ego Di Ranjang

Apakah betul dalam masalah seksual, suami lebih egois?
Kita perhatikan sejauh mana benarnya egois suami mengenai permasalahan seksual?

Prof Dr. Wimpie Pangkahila, seorang pakar seksologi, pernah bertanya kepada ramai suami mengenai masalah ini, dan ini keputusan nya:
  • ia adalah sesuatu yang subjektif.
  • seseorang suami mungkin mengakui ego tetapi untuk kepentingan bersama mungkin sebaliknya.

Mungkin suami merasa dirinya tidak ego, sedangkan isteri mengakui keegoan suaminya. Ini wujud kerana salah faham mengenai seksual, terutamanya mengenai keinginan seksual pasangan.

Kerana ego suami, isteri tidak cukup menerima rangsangan seksual ketika foreplay mahupun rangsangan semasa melakukan hubungan seksual. Kesan nya, isteri rasa sakit ketika melakukan hubungan seks sehingga gagal orgasme.

Jika ini berterusan, akhirnya isteri hilang dorongan seksual dan boleh mengalami vaginismus. Akibatnya hubungan seksual tidak dapat dilakukan.

Ada pun ramai suami ego tidak tahu isterinya tidak pernah merasa nikmat hubungan seksual dan tidak tahu masalah seksual yang dialami oleh isteri kerana mereka hanya tahu menikmati kepuasan sendiri.

Maka masalah sekarang adalah bagaimana suami harus memuaskan isteri.

Ini bantuan nya .....

1- Isteri macam anda juga: Makna nya dorongan seks dan keperluan seksual nya juga perlu dipenuhi. Mereka bukani objek seksual suami.

2- Tidak berani berterus terang kepada suami: Carilah jalan supaya isteri tidak takut atau malu berterus terang sama ada dia menikamati seks atau tidak dari anda.


3- Kewajipan anda puaskan isteri: Sebagaimana anda selalu berasa puas, setiap kali melakukan hubungan seksual, maka anda mesti melakukan perkara yang sama kepada isteri.

4- Jika anda mengalami gangguan fungsi seksual dan isteri selalu mengeluh tidak puas, segera atasi dengan cara yang betul dan penuh tanggungjawab.

Insyaallah, isteri tidak akan kecewa dan tidak menganggap anda sebagai suami egois jika dapat dilaksana seperti di atas.

Sebaliknya kalau anda masih egois, bersedialah menghadapi dan merasakan akibatnya. Mungkin pada awal nya hanya isteri yang mengalami akibat keegoan anda tetapi untuk jangka masa panjang anda sebagai suami juga akan merasainya.

Jika ada isteri yang mempunyai suami egois lebih baik ambil tindakan seperti berikut:-

1- Beritahu suami apa yang anda inginkan dalam hubungan seksual dan beritahu tentang masalah seksual dialami.

2- Berterus teranglah jika anda memerlukan rangsangan terlebih dahulu, jika suami tidak tahu melakukannya, atau kalau rangsangannya tidak anda sukai, katakan juga secara berterus terang.

3- Jalin hubungan komunikasi yang baik, minta suami membaca buku atau tulisan berkaitan seksual dan menghadiri seminar dan perbincangan tentang masalah berkaitan yang dikendalikan oleh tenaga pakar.

4- Jika suami menghidapai gangguan fungsi seksual, pujuk suami berjumpa dengan pakar untuk mengenalpasti masalah dan mendapatkan rawatan. Jika suami keliru, jangan lemah semangat.Jika perlu temaninya berjumpa pakar atau menjalani rawatan dan anggap ia sebagai masalah bersama.


Ciri ciri suami egois

  • Suami yang tidak memperdulikan tentang kehidupan seksual isterinya. Anggapan mereka, isteri wajib melayan dan memuaskan keperluan seksual suami. Isteri dianggap objek seksual, oleh itu tidak perlu mengeluh atau menuntut.

  • Suami memahami kehidupan seksual isterinya, tetapi disebabkan tidak tahu bahawa isteri juga menghadapi masalah seksual. Maka mereka tidak tahu bahawa mereka mengalami masalah egois, sedangkan isteri cukup tertekan dengan sikap mereka.

  • Suami yang memahami kehidupan seksual isterinya, tetapi kerana mengalami gangguan fungsi seksual, maka isteri mengalami masalah. Bila isteri mengeluh, mereka tidak mampu mengatasinya.

Nak tahu bagaimana untuk lebih membahagiakan hubungan suami isteri? Sila klik di sini

0 comments:

Post a Comment